February 19, 2016

Suri rumah


Assalamualaikum & hello everyone :)

Dulu jiran aku dia ni suri rumah. Tiap-tiap kali pergi sekolah ke balik sekolah mesti aku macam dengki dengan dia sebab aku rasa aku ni penat kena pergi sekolah, yang dia seronok je duduk rumah. Hahaha dah kenapa aku ni dengan jiran sendiri pun nak dengki. Biasa lah dulu budak-budak, dengan semua orang aku tak puas hati hahaha.

Sementara nak tunggu result SPM dulu, mak aku tak bagi kerja. Dia suruh kemas rumah & ambil adik tiap-tiap hari. Dapat lah RM250 tiap-tiap bulan buat semua benda tu. Kira macam gaji lah hahaha. Dulu aku takda lesen so kena jalan kaki ambil adik. Bayangkan tiap-tiap hari sekolah, aku kena ambik adik daripada sekolah kebangsaan pastu hantar & ambik dia balik daripada sekolah agama. Bayangkan pergi balik daripada ambik dia dah 2 kali jalan, hantar dia pun dua kali jalan pastu ambik dia balik daripada sekolah agama 2 kali jalan. 6 kali jalan dalam satu hari, kalau sekolah dekat takpe lah. Ni jauh, tu yang dapat gaji RM250 hehehe.

Ok berbalik pada suri rumah tadi. Jadi sebab aku tak kerja, aku duduk rumah kena buat kerja rumah lah. Basuh baju (letak dalam mesin basuh je hahaha), jemur kain, iron baju, kemas rumah, lipat kain dengan ambil adik lah. Mesti korang rasa macam "Eh sikit je kerja dia" hahaha hakikatnya banyak kot nak kena buat. 

Biasa pagi-pagi aku akan sapu rumah sikit-sikit. Sementara nak tunggu adik aku balik tu. Lepas ambik adik balik, kena siapkan dia nak pergi sekolah agama. Lepas hantar dia sekolah agama, aku akan rehat kejap. Pastu kalau rasa diri ni tengah rajin, aku akan lipat kain. Malam aku akan basuh kain, jemur kain dengan iron baju. Kenapa aku buat semua tu waktu malam ? Dulu masa aku form 5, takda orang kat rumah waktu pagi. Jadi kiteorang terbiasa basuh dan jemur kain waktu malam.

Aku yang baru buat sikit kerja rumah pun dah complain. Bayangkan suri rumah yang ada anak dan suami. Macam mana lah dia boleh handle semua benda tu. Kalau anak dua tiga orang haih macam mana lah kan. Kadang-kadang orang kata "Untunglah jadi suri rumah, senang". Ha try lah jadi suri rumah. Tengok macam mana susahnya jadi suri rumah. Jadi, jangan pandang rendah kat suri rumah tau.
Aku kena minta maaf kat jiran aku ni hahahahaha

February 11, 2016

Cinta Hati Abah


Assalamualaikum & hello everyone :)

Bukan nak cakap besar ke apa, tapi sejujurnya aku memang tak layan cerita melayu. Mostly cerita melayu ni konsep dia sama je : Kena kahwin paksa - ada perempuan jahat/ lelaki jahat yang nak dekat pelakon utama - hidup bahagia. Kalau 2 ke 3 cerita konsep sama aku boleh terima lagi, ni dah berpuluh cerita konsep sama. Mana lah aku tak meluat tengok cerita melayu. Kadang-kadang pelakon ntah pape yang dorang ambik, lagi lah buat aku meluat nak tengok cerita melayu.

But beberapa minggu (ke bulan ?), ada cerita Cinta Hati Abah kat TV3. Disebabkan tajuk dia bukan 'suami ku seorang bla bla bla', 'cinta si bla bla bla' dan pelbagai lagi jadi aku tertarik nak tengok. Selalunya kalau cerita melayu ni mesti ambik pelakon lelaki muda jadi pelakon utama & lelaki tu orang kaya kan ? But cerita ni tak macam tu. Konsep dia totally lain dengan cerita melayu yang penuh cintan cinton tu. Cerita ni pasal kekeluargaan.

Satu benda yang aku tak suka pasal cerita ni : Tetiba dah 2 tahun takpun 3 tahun hahaha. Tapi takpe lah maybe sebab episode sikit jadi dorang terpaksa buat macam tu. Aku layan cerita ni daripada first episode sampai lah episode yang baru ni. Pelakon dia pun berlakon memang mantap. Budak kecik yang berlakon jadi adik dorang tu pun pandai berlakon. Sebab tu aku tak rasa boring bila tengok cerita ni.

Kalau korang nak baca sinopsis, aku tinggalkan link sebab aku malas nak copy paste hahahaha


Part yang aku rasa agak menarik perhatian aku, lepas kakak dia kahwin & dan hidup senang, dia macam tak peduli dengan abah dia & adik-adik dia. Ibarat kacang lupakan kulit lah. Benda macam ni memang banyak berlaku. Kalau korang ada baca satu post dalam blog aku (klik sini untuk baca post tu), itu yang memang terjadi dalam kalangan sedara mara aku sendiri. Dalam cerita tu kadang-kadang kakak dia ada lah datang jumpa ayah dia tapi tu pun kejap je lah.  

Benda tu sebenarnya realiti yang berlaku sekarang ni. Anak-anak bila dah kaya raya lupa mak ayah lupa keluarga. Aku pun harap sangat nanti kalau dah berjaya aku tak lupa kat keluarga aku. 
Aku sarankan korang tengok cerita ni. Cerita ni setiap hari isnin hingga rabu, pukul 10 malam.

February 05, 2016

Pemandu van sekolah maut ditumbuk


Assalamualaikum & hello everyone :)

Baru-baru ni kecoh pasal pemandu van sekolah maut sebab kena tumbuk. Apa yang aku baca kat surat khabar, kes tertinggal budak. Apa yang aku baca kat facebook, sebenarnya budak tu kena tahan dengan cikgu. Jadi, pemandu van tu ingat budak tu dah balik sebab tunggu lama sangat. Budak tu balik jalan kaki, ayah budak tu mengamuk sebab budak tu ada lelah. Ni yang aku baca. Tak tahu lah betul ke tidak.
(klik gambar untuk baca artikel)

Dulu, aku pun pernah naik bas sekolah daripada tadika sampai lah umur 12 tahun. Ingat senang ke nak jadi pemandu van sekolah/ bas sekolah ni ? Budak lambat, dorang kena tunggu. Kadang-kadang, disebabkan seorang budak je, dorang hantar budak lambat. Masa aku naik bas sekolah dulu, memang ada sorang budak ni yang suka lambat. Pakcik bas tu pun kena tunggu lah sampai budak tu turun. Kadang-kadang, adik dia turun dulu lepas tu suruh tunggu kakak dia. Hahaha sampai macam tu sekali.

Kat area rumah aku, ada lah sorang pakcik ni dia hantar budak jugak. Tapi guna kereta je lah. Apa yang aku kesian sangat kat pakcik ni, tiap-tiap kali dia sampai mesti dia kena hon. Sebab apa ? Sebab budak tu tak ada lagi. Jadi, pakcik tu kena parking tepi semata-mata nak panggil budak tu. Kalau sekali dua takpe lah, ini tiap-tiap hari kot. Dah lah pakcik tu dah tua, dah pangkat atuk lah kot. Tak pasal-pasal kena panggil budak tu.

Pak sedara budak ni pun, agak-agak lah nak tumbuk pun. Jangan lah panas baran sangat. Patutnya tanya lah elok-elok, so nanti orang tu jawab lah elok-elok. Dulu aku pun pernah kena tinggal bas sekolah jugak. Tapi takda lah pak sedara aku nak pi belasah driver bas tu hahahaha. Yang sedihnya, pemandu van tu nak kahwin 20 Feb. Yang tu aku kesian lah kat tunang dia sebab lagi berapa hari je kan nak kahwin. Haih kesian tau.
Korang try cari luahan tunang dia. Sedih kot

February 04, 2016

Block kereta & jalan orang (Part 2)


Assalamualaikum & hello everyone :)

Kali ni aku nak sambung cerita pasal pemandu yang 'kurang cerdik'. Klik sini kalau nak tengok yang part 1 punya. Ada tak orang yang tak pernah mencarut waktu bawa kereta ? Tak mencarut pun mesti ada yang macam "Eh dia ni" "Ish dia ni" dalam keadaan yang tengah marah hahaha. Pernah sekali kawan aku cakap kat aku "Eh kau ni bila drive garang betul". Hahahaha serious lah aku kalau dalam kereta memang garang.

Kejadian ni berlaku hari sabtu dua minggu lepas tak silap aku. Waktu tu malam & malam tu ada pasar malam jadi korang pun faham lah kan macam mana jalan sesak sebab pasar malam je. 


Nampak tak kereta yang aku bulatkan tu ? Dia selamba je berhenti kat situ turunkan mak dia lah kot pastu tunggu kat situ. Jalan jadi sempit sebab dia je. Tapi tak lama lepas tu dia alih kereta sebab jalan tu jadi sesak sebab ada lagi sorang pemandu parking kereta bertentangan dengan dia.


Haa yang ni lagi teruk. Dia parking kereta kat situ lepas tu turun teman anak dia pergi pasar malam or kedai buku. Isteri dia ada dalam kereta. Sebab dia kereta tadi kena alih. Padahal kereta tu yang sampai dulu tau. Dia ni datang-datang tetiba parking kereta pastu tinggalkan macam tu je.



Dia pasang lampu kecemasan kot. Yang tu yang aku bengang sikit sebab tetiba pasang lampu kecemasan. Nasib baik lah aku blur kan nombor plat kereta, kalau tak memang dah malu dah orang tu hahahaha. Dia keluar pun lama jugak lah. Nasib baik lepas kereta myvi tadi tu beralih so jalan ok sikit lah. 

Actually kalau jalan lagi depan sikit memang banyak kereta buat macam ni cuma takda gambar je sebab tak sempat nak ambik. Padahal ada je parking kosong cuma kena jalan sikit lah. Tapi takpe lah at least tak menyusahkan orang walaupun kena jalan kaki kan ? Jadi tolong lah bertimbang rasa sikit. Jangan parking ikut suka hati.
Agak-agak lepas ni ada part 3 tak ? Hahahaha