March 17, 2016

TGV Family Friendly Cinema Session

Assalamualaikum & hello everyone :)

Sabtu lepas, aku nak tengok wayang kat TGV. Nak tengok cerita boboiboy #supportfilemmalaysia hahahaha. Aku buka website TGV nak tengok showtime cerita boboiboy. Sekali tengok ada yg pukul 4 lebih je tu pun seat ramai gila yg dah booked online. Jadi aku pun terus booked online. Beberapa jam sebelum nak pergi tengok wayang tu, konon nak tengok lah kot-kot ada orang duduk sebelah ke apa sekali haaaa penuh satu panggung. Then, aku tengok dekat bahagian 'Select Movie' aku terperasan ada yg Boboiboy The Movie je sebab yg aku pilih tu ada [Family Friendly] Boboiboy the movie.



Kalau yg family friendly ni dia ada [Family friendly] , yg biasa takda. Jadi sebelum nak pilih tu tolong lah tengok betul-betul eh hahahaha.





Haa nampak tak perbezaan showtime dia ? Yg family friendly ni macam terhad sikit tapi yg biasa banyak lah. Tak banyak TGV cinemas yg menawarkan family friendly session ni tau. Ni aku ada screenshot pasal TGV Family Friendly Session. Nak explain pun aku tak berapa nak tahu sangat sebab aku pun baru first time pergi.




TGV Family Friendly Session ni sesuai lah untuk family yang nak bawa anak-anak kecil. Kalau korang tak ada anak kecil, aku sarankan jangan lah ambik yg family friendly ni hahaha. Aku cakap based on pengalaman sendiri tau. Memang hall dia tu dia takkan tutup lampu yg tepi-tepi tu. Biasa kan dorang akan tutup semua lampu dalam hall tapi yang ni dia tak tutup semua. Yg bab audio tu aku pun memang betul sebab biasanya kan kuat tapi tadi perlahan sikit lah.

Yang crying babies tu memang ada tau. Tapi parents dorang macam malu so ada yg bagi minum susu & ada jugak yg bagi duduk kat belah atas. Running toddlers tu pun memang ada. Bukan setakat running je, ada yang siap baring kat tangga tau hahaha. Dalam tu korang nak bawa stroller pun takda masalah. Seat dia macam seat biasa je lah takda apa yang special.

Satu je aku nak pesan untuk yang takda anak kecil tu tak payah gatal nak cuba family friendly session ni. Nanti mesti korang stress & takkan focus nak tengok cerita. Dengan hall yg tak gelap & sound tak kuat jadi memang tak best lah. Lepas tu budak nangis lagi hahaha memang korang tak focus punya lah tengok cerita nanti. 

Tapi satu lah yang aku agak sedih. Time nak keluar panggung tu, aku tengok berterabur popcorn sana sini. Dorang tinggal macam tu je. Nasib baik lah ada cleaner yang nak kemas. Haih teruknya lah perangai macam tu,
Jangan tersalah beli tiket macam aku tau hahahaha