November 15, 2020

Eh dah 2020 ?



Assalamualaikum & hello everyone :)

Hellooooooooo semua orang. Weh awkwardnya bila nak buat guna blog balik. Last update pun 2016, dari zaman belajar sampai dah kerja dah sekarang. Alkisahnya tadi saje je search ohitsizreen, bila tengok blog ni rasa rindu pulak hahahaha. Ada lagi ke orang guna blog lol. Maybe lah aku nak aktifkan blog ni balik (MAYBE OKAYY SEBAB AKU SENDIRI PUN TAK PASTI xD). Sebab aku rasa macam nak buat blog ni as my diary since no one will be reading post kat blog ni. 

Macam mana hidup aku sekarang ? Tengah bahagia. Hahahahaha jawapan paling menipu sekali. Biasa lah bila dah jadi "dewasa" ni dah start kerja lagi stress lah hakuuuuu. Nak marah tak boleh nak menangis tak boleh sebab nak buat macam mana nak kena cari duit. Kalau lah goyang kaki je dapat duit, aku pun nak jugak macam tu. Tapi serious weh kerja ni penat berbanding dengan intern dulu. Intern dulu duduk kat mesin photostat, mesin shredder je hari-hari. Dah kerja ni macam-macam kena buat, even kerja yg kau rasa tak penting pun kena buat jugak. Bayangkan hari-hari bangun 6.15am pergi kerja, balik naik lrt mrt bas segala public transport sampai rumah pukul 7.15pm. Hari-hari stress sebab penat. Nasib baik tak kahwin lagi kalau dah kahwin tak tahu lah macam mana. Aku rindu zaman belajar dulu, kelas dari pagi sampai petang pun esok tu timetable lain or boleh ponteng sesuka hati lol xD  

Tahun 2020 ni memang mencabar lah bagi aku. Dulu aku expect tahun 2020 ni macam cerita doraemon punya masa hadapan, rupa-rupanya semuanya dustaaa kerna dunia penuh dengan Covid-19. Aku macam kesian jugak sebab banyak bisnes lingkup pasal ni. Terfikir jugak macam mana lah pekerja nak cari kerja. Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu ni, memang susah lah nak cari kerja. Nasib baik lah ada orang yang ada rezeki lebih banyak menyumbang jadi sama-sama berkongsi rezeki. Aku tengok Covid-19 ni macam lama lagi je nak habis. Kat Malaysia ni pun kes makin meningkat. Tapi makin meningkat aku tengok makin ramai dalam public transport ni. Pelik jugak aku.

*Macam ni lah yang aku bayangkan tahun 2020 macam mana*
Okay lah sampai sini je lah aku tulis. Bukan aku malas tapi aku busy sikit. Nanti kalau free aku type lagi benda merapu dalam blog ni xD  Okaaaaayy byeeeeeee !!!