December 31, 2015

Happy new year !!!

Assalamualaikum & hello everyone :)

Rasa macam sekejap je dah masuk tahun 2016. Tahun 2015 aku rasa tahun paling mencabar dalam hidup aku. Masalah sana sini tapi aku anggap benda tu semua dugaan. Walaupun banyak dugaan tapi dalam tahun ni jugak banyak kenangan. Sometimes rasa macam cepat je masa berlalu. oh btw tahun depan aku dah 20 tahun. Hahahaha serious rasa macam tua padahal 20 tahun tu muda apa. Ah tak kira ! Aku still anggap tua sebab dah tak jadi budak belasan tahun T-T 

Azam tahun 2015 dah ditunaikan? Hahaha sebenarnya aku pun tak tahu apa azam aku tahun lepas. Jadi tu yang malas nak fikir pasal azam. Sepanjang tahun 2015 ni banyak benda yang aku dah belajar dan ada sesetengah tu siap dah ambik iktibar dah hahahaha ceh. Jadi sebelum masuk tahun 2016, aku nak list kan apa yang aku dah belajar sepanjang tahun 2015 (Tak semua ok, ingat aku ni rajin ke nak menaip)

-Jangan mudah percaya orang. Tak semestinya dia baik dengan kau so kau pun boleh percaya dia. Jangan mudah terpedaya okay ?

-Jangan mudah putus asa. Well actually aku ni jenis cepat give up. Lagi-lagi bila buat kerja kursus. Pernah sekali terlintas dalam fikiran aku "Ah malas lah nak cari maklumat. Hantar je lah apa yang ada" Tapi disebabkan kawan banyak bagi semangat so aku pun teruskan je lah. Hehehehe thanks kawan ! #youknowwhoyouare

-Jangan suka berprasangka buruk kat orang. Hahahaha yang ni aku rasa mesti semua pernah kan ? Aku kadang-kadang suka sangat berprasangka buruk kat orang. Kadang-kadang gi shopping mall ke apa bila orang pandang je mesti aku ingat dia tak puas hati ke apa. Hahahaha padahal dia pandang benda lain.

-Sabar. Aku rasa ni yang paling penting kot. Kadang-kadang memang penat jadi penyabar ni, insyaAllah yang baik tu akan datang lepas tu. So kena sentiasa bersabar.
Sebenarnya nak list kan banyak lagi tapi malas nak taip hahaha.  Selamat tahun baru !!! Goodbye 2015, thanks for all the memories. Hello 2016 :)

No comments:

Post a Comment

You may comment here but please don't use any harsh words