April 23, 2021

Kak, tolong hormat orang sikit !



Assalamualaikum & hello everyone :)

Eh eh eh dah kenapa dah lama tak update blog, tiba-tiba cakap pasal respect ni ? First of all, aku sebenarnya busy jadi sebab tu aku jarang (eh tak pernah) update apa-apa. Ye lah dah kerja kan, balik rumah je rehat. Sabtu ahad enjoyy xD Aku try lah update kalau aku rajin.

Harini aku nak cerita sikit lah pasal respect. Nak dijadikan cerita, aku dulu kerja dengan sorang founder ni. So, kalau ada sale ke apa aku lah tolong edit gambar buat pakai canva je lah sebab tak kuasa aku nk pakai photoshop. Aku kerja dengan sorang akak ni, dia reply chat customer aku tolong buat selainnya lah. Aku sekarang nak cerita pasal kakak tu tau bukan founder tu. Okay nak dijadikan cerita, aku kerja sebab nak cari pengalaman lain. Pastu aku berhenti lah 2 tahun lepas, sebab aku pun dapat kerja baru. Sementara nak tunggu kerja baru tu, memang aku still tolong lagi lah dia edit kalau apa. Tapi yang aku geramnya bila aku dah dapat kerja, sibuk suruh aku edit itu edit ini. Bukan edit gambar je tau, kadang-kadang benda yang aku kena type kat Microsoft Word tu pun dia suruh aku.

Masa awal-awal aku okay lah tolong lagi. Makin lama aku makin menyampah so aku cakap aku busy. Guess what ? Dia cakap kat aku "Takpe buat je sikit2". Aku nk marah pun tak sampai hati sebab level makcik kot kalau aku nak marah pun. So, sampai sekarang aku still lagi dok tolong dia. Padahal dah 2 tahun okayy. Aku buat pun tak dapat apa, tapi aku terpaksa buat sebab taktau nak tolak macam mana. 

Yang lagi aku sakit hati, bila aku dah edit tu bersyukur lah kan, post je lah kat instagram. Ni tak, dia tak puas hati dgn aku punya design dia complain suruh ubah itu lah ini lah. Aku hangin betul tau tak sebab aku bukannya bekerja dengan dia, aku kerja tempat lain tapi dia buat aku ni macam kuli dia pulak. Kadang-kadang aku malas nak ubah aku cakap dah tutup laptop. Geram tau nak complain macam-macam. Bersyukur lah aku buat tu free je, tak minta upah. Kalau orang lain, guna canva pun minta upah RM50.

Aku post ni bukan apa, sebab aku geram je. Founder tu pun kadang-kadang tak pelik ke macam mana akak tu dok edit lawa2 ? Aku tak kesah nak tolong tapi bila tahap minta ubah itu, ubah ini tu aku geram. Aku ikhlas tolong tanpa minta apa-apa pun, tapi akak tu dok complain macam-macam. Tak respect betul aku punya masa. Dah aku penat kerja, nak melayan dia lagi lah penat. Kadang2 aku reply 24 jam lepas tu sebab aku malas nak buat.
Okay sekian sahaja rentetan kisah sedih saya. Nak cerita kat orang pun tak guna so aku cerita je lah kat blog. Byeeeee xD

No comments:

Post a Comment

You may comment here but please don't use any harsh words